Wednesday 17 June 2009


Berdoa Untuk Saudara Mukmin tanpa pengetahuannya adalah satu amalan mulia..

Amalan berdoa adalah tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan RasulNya.Firman Allah SWT bermaksud : "dan Tuhanmu berfirman:berdoalah kepadaKu,nescaya akan Ku perkenankan bagimu"(Al-Mu'min:60).FirmanNya lagi bermaksud"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yg melampaui batas(tentang apa yang diminta dn cara meminta)."(Al-A'raf:55).

Dalam konteks berdoa ini amat dianjurkan kepada individu muslim disamping berdoa untuk dirinya sendiri,berdoa untuk kesejahteraan orang lain juga sbg tanda kesatuan ummah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.Jika tiada upaya menghulurkan bantuan dalam btuk fizikal,maka disinilah letaknya peranan doa.Benarlah sabda Nabi SAW yg brmaksud,"Barangsiapa yg tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yg lain,dia bukan dari kalangan mereka".
Dalam ayat Al-Quran , Allah menukilkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim yg bmaksd "Ya Tuhan kami,berilah keampunan kepadaku,kedua ibu bapaku dan sekalian org-org mu'min pd hari terjadinya hisab (hari kiamat) ." (Ibrahim:41). Allah menukilkan pula doa Nabi Nuh bmksud"Ya TuhanKu,ampunilah aku,ibu bapaku,orang yg masuk krumahku dgn beriman dan semua org-org beriman baik lelaki mahupun prempuan,dan jgnlah engkau tmbahkan lagi bg orang-orng yg zalim itu selain kebinasaan,"(Nuh:28).

Petikan daripada hadis,drpada Abu Darda' RA bhwa dia mndgar Nabi Muhammad SAW bersabda maksud:"Tidaklah berdoa seorang muslim thadap saudaranya scra ghaib(tnpa dketahui saudranya itu)melainkan akan berkatalah para malaikat ,engkau juga beroleh yg seumpama dgnnya."(Riwayat Muslim).DaripadabIbnu Umar RA,Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:"Doa yg plg segera dimakbulakan ialah doa scra ghaib (tanpa pgtahuan org yg didoakan itu)."(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).
Dalam mengerjakan solat jenazah,selepas takbir ketiga,doa dibacakan utk memohon kebaikan kpd si mati.Doa yg selalu dbaca bermaksud:" Ya Allah,ampunilah dia,rahmatilah dia,maafkanlah dia dan jauhilah dia drpd bala,muliakanlah tmpatnya,luaskanlah tmpat masuknya (kubur),brsihkanlah dia dgn air,air salji dan air embun,brsihkanlah dia drpd dosa-dosanya seumpama baju putih yg bersih dr kotoran,gntiknlah rumah yg lbh baik drpd rumahnya,keluarga yg lbh baik drpd keluarganya,isteri yg lbh baik drpd isterinya,masukknlah dia ke dalam syurga,lindungilah dia drpd azab kubur & siksa api neraka" (Riwayat Muslim).

Konklusinya,indahnya ajaran Islam bukan sekadar amalan-amalan yg dilakukan scr fardi (utk individu itu sndiri),tetapi mencakupi amalan scr jamaie(kolektif) spy kerukunan dlm masyarakat dpt dijalinkan blndaskan ajaran syariat spy hidup sentiasa dlm keberktan dan redhaNya..-Tengku.. Amni

No comments:

Post a Comment