Wednesday 24 June 2009

Salam wbt,
ehm..ehm..apa yang penulis nak cakap kat sini sempena 'hari istimewa' penulis yang jatuh pada 24/06/1989.Sedar tak sedar penulis duk kira2 yang penulis ni dah masuk umur 20 tahun,cepat betul masa berlalu. Orang kata umur ni antara umur nak ke arah dewasa dan tahun remaja dah berlalu pergi dengan macam2 kenangan, tapi penulis fikir2la dewasakah penulis ni?pesan mak penulis,''kalau nak jadi dewasa,kau kena lah ubah perangai dari budak2 ke lebih matang.''
MATANG-satu perkataan yang sering menghantui semua orang terutamanya bagi orang yang umurnya semakin menginjak tahun, semakin menigkat umur ke arah matang.Sebenarnya penulis sendiri tercari2 apa yang perlu dilakukan untuk menjadi matang..tapi,menurut apa yang penulis search perkataan ni dalam wiki,matang adalah satu istilah matang menggambarkan segala organisme yang telah matang, tapi lazimnya merujuk kepada manusia(orang) yang bukan lagi anak-anak dan telah menjadi seorang lelaki atau wanita. Ketika ini matang dapat diertikan dari aspek biologi iaitu sudah akil baligh,hukum sudah berusia 16 tahun ke atas atau sudah menikah, munurut undang2 perkahwinan iaitu 19 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk wanita dan karakter peribadi iaitu kematangan dan tanggungjawab. Pelbagai aspek matang ini sering tiada konsisten dan subjektif. Seseorang dapat saja matang secara biologi dan memiliki perilaku matang,tapi tetap diperlakukan seperti anak kecil jika berada dibawah umur dewasa secara hukum.Sebaliknya seseorang dapat secara legal dianggap dewasa, tapi tidak memiliki kematangan dan tanggungjawab yang mencerminkan sifat dewasa.
Hari ni penulis tak sambut hari istimewa seperti tahun lepas yang mana penulis bersama mak dan abang hanya pergi makan2 kat Restoran Puteri Terapung. Masa kat restoran tu, mak order menu Steamboat-salah satu masakan Cina yang berasaskan makanan laut,bebola,sedikit mee,telur dan sayur2 lembut
Tapi, tahun ni mak penulis bagi wang saguhati untuk simpanan.

prepared by,

Norni Muhamad
-Biologist,Uitm-









No comments:

Post a Comment